Login Help Register
apa kata hati...
Jadikanlah ilmu sebagai panduan beragama,.. pengalaman sebagai beragama,.. dan fikiran sebagai keindahan beragama...

Tentang : @re-miey

Nama Gelaran @re-miey
Umur 24
Jantina Lelaki
Bandar
Negeri/Negara Malaysia
Status Perkahwinan Belum Berkahwin
Kaum Malay

Salam Perkenalan

Kategori


Kaunter Hit : 1442

Blog Kegemaran

Penyokong Blog

Arkib



Komen Terkini
Tiada tajuk...
Salam pagi khamis. (Bujang antik)
7 Apr 2010 9:23 PM

Tiada tajuk...
salam kamis mie... (nurDia)
7 Apr 2010 9:23 PM

Doa untuk sahabat
amin..TQ bro! (HangLekuk)
6 Apr 2010 5:29 PM


Wednesday, April 7, 2010

 

 


Tag/Label : doa
Dipostkan @ 09:23 PM | 2 Komen | Report Abuse

Tuesday, April 6, 2010

Doa untuk sahabat


Tag/Label : doa
Dipostkan @ 05:29 PM | 4 Komen | Report Abuse

Monday, April 5, 2010

Kawan

 

 

o    Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??

Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??
 

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....


Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.


Tag/Label : renungan bersama
Dipostkan @ 02:50 PM | 4 Komen | Report Abuse

Saturday, March 27, 2010

Bila kawan2 komen


Tag/Label : apa-apa aje
Dipostkan @ 05:55 PM | 5 Komen | Report Abuse

Monday, March 22, 2010

Peguam pun kena tipu

Kejadian ini berlaku di dalam sebuah penerbangan Boeing 767 dari Los Angelas ke Malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. Gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat & dengan sopan santun ditolak permintaan peguam tersebut. Peguam berasa tidak puas hati & berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap teka-tekinya.

Peguam berkata, "saya tanya satu Teka-teki, jika u dapat jawap I pay u RM500 but if u tak dapat jawap u only pay me RM5.00 !!! amacam?

Maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu.

Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : "Berapa jauh jarak diantara Bumi dan bulan??"

Gadis tersebut diam dengan selamba membuka dompetnya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah.

"Sekarang giliran u", cabar peguam! ..

Maka gadis acuh tak acuh bertanya : "Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki"

Peguam tersebut terus mengeluarkan komputer dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan... Dia terus memasangkan Modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan .Dengan putus asa, peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawanya yang bekerja sebagai doktor, lawyer, scientice, arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya.

Setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500.00 tanda kalah.

Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?

Dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan duit RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawap : "Tidak Tahu"


Tag/Label : lawak
Dipostkan @ 06:19 PM | 3 Komen | Report Abuse

Monday, March 22, 2010

Pengembara yang bengang

Ada satu keluarga pengembara dari Malaysia sedang bercuti di Sepanyol.  sewaktu disana, beliau sekeluarga pergi menyaksikan perlawanan laga lembu berlawan matador (org yg memegang kain merah).  Disana beliau sekeluarga dapat pengalaman yang sebenarnya menyaksikan kehebatan matador tersebut menumbangkan lembu ganaz dengan mata kepalanya sendiri.  selepas perlawanan tersebut beliau sekeluarga pergilah mencari makan disekitar kawasan tersebut.... rupanya makanan top dekat situ sup power jer... disebabkan semua makanan yang disediakan hampir sama, boleh tak boleh mereka pun sapu juga lah..  Bila dah makan baru mereka perasan .... menatang apa yang dimasak ni.... daging besar, padat,panjang dan pejal plak tu... memang power.... sedap, lazat, enak.... susah nak dibayngkan... rasa sendiri lah nok...

Selesai makan, mereka pun tanyalah pada tukang masak tersebut.  dengan selamba... dia cakap.. penis lembu kalah lawan matador... ooohhhhhhhhhhh...... patut sedap...

2 hari kemudian, mereka datang sekali lagi untuk menikmati sup power tersebut... kali ni lain sikit.... barang dalam sup tersebut kecil sikit daripada biasa... rasa ok lah... tapi tak banyak... tak kenyang... tak cukup langsung... dia mintak lagi tambah satu mangkuk... tukang masak tersebut cakap malam ni makanan hanya terhad... hanya satu mangkuk disediakan... daging tak cukup... pengembara tersebut tak puas hati... kenapa daging tersebut sikit???? tukang masak tersebut jawab ... Ari ni lembu tak mati... yang mati Matador............................

sumber dari Dayat


Tag/Label : lawak
Dipostkan @ 04:05 PM | 1 Komen | Report Abuse

Wednesday, March 17, 2010

Hantar SMS secara percuma

Salam...

Sy ada terjumpa satu website ni dan ingin dikongsi dengan kawan2 iaitu yang membolehkan kita hantar SMS secara percuma. Sy telah buat percubaan ke nombor sy iaitu Maxis, Celcom dan Digi. SMS yang dihantar ke nombor tersebut sampai, ini bermakna sistem SMS pada laman web tersebut memang beroperasi. Jadi apa tunggu lagi cepatlah manfaatkannya sebelum terlambat.

Langkah pertama: Buka laman web dibawah ini.

Langkah kedua: Pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor henset kepada siapa yang hendak dihantar. Pastikan bermula dengan kod negara, dan bagi Malaysia kod negara ialah 60. Tulis 60 didepan<jarak>kemudian baru masukkan nombor henset. Contohnya 60 0123456789

Langkah ketiga: Pada ruangan Message, tulis SMS yang kawan2 hendak hantar.

Langkah keempat: Pada ruangan Verify, tulis balik Verification Number, ini bagi mengelakkan SMS ini dihantar secara automatik.

Untuk menguji keberkesanannya, kawan2 cuba hantar pada nombor sendiri dahulu. Jadi gunakanlah perkhidmatan ini dengan sebaik-baiknya. Selamat mencuba...


Tag/Label : infomation
Dipostkan @ 01:48 PM | 3 Komen | Report Abuse

Tuesday, March 16, 2010

Seni dan hiburan dalam Islam

 Pandangan Ulama berkaitan seni dan hiburan dalam Islam

Muzik ditakrifkan sebagai suatu cabang seni yang tersusun yang mampu mengalunkan irama yang sangat merdu dan sedap didengar malah menyenangkan. Muzik yang dihasilkan mampu menghambat emosi pendengar untuk sama-sama mengikuti rentak yang dihasilkan. Rentak yang dihasilkan pula akan memainkan peranan dalam menghalalkan emosi manusia sama ada berbentuk gembira, sedih, menimbulkan keberanian ketakutan mahupun kesenangan. Ia merupakan gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan.

Suara ramai menganggapkan bahawa lagu nasyid merupakan satu cabang seni hiburan Islam yang mengandungi banyak unsur-unsur positif. Tapi sejauh manakah kebenarannya? Dan tidak kurang juga ada sesetengah masyarakat kita sudah mula menganggap bahawa nasyid kini lebih banyak mengandungi unsur-unsur negatif pula. Tetapi sejauh manakah kesahihannya? Kita sebenarnya perlu melihat dari pelbagai sudut. Kalau dahulu kita sering mendengar luahan cinta dalam lagu-lagu pop, balada, rock , irama Malaysia dan sebagainya, tetapi kini ia turut menjadi luahan dalam lagu-lagu nasyid.

Menyentuh pandangan Imam Al-Ghazali dalam buku Seni Dan Hiburan Dalam Islam yang ditulis oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menjelaskan beberapa faktor yang boleh mengubah hukum mendengar  nyanyian daripada mubah (harus) kepada haram.

Faktor pertama ialah faktor yang ada pada diri penyanyi, iaitu penyanyi wanita yang tidak halal untuk dipandang dan dibimbangi terjadinya fitnah apabila mendengarkannya.

Faktor kedua iaitu faktor yang ada pada alat muzik, iaitu alat muzik yang digunakan mempunyai simbol tukang peminum atau simbol lelaki yang menerupai wanita seperti seruling, sejenis gitar dan gendang. Ketiga-tiga jenis alat ini dilarang.

Faktor ketiga ialah faktor yang ada pada isi lagu, iaitu lagu-lagu yang mengandungi kata-kata cacian, kata-kata kotor atau perkataan dusta terhadap Allah, Rasul-Nya dan para sahabat baginda.

Faktor keempat ialah faktor yang ada pada pendengar, iaitu para pendengar yang menghayati lagu menjadi khayal dan timbul nafsu syahwat sehingga boleh menimbulkan rasa ghairah dan terangsang untuk melakukan maksiat.

Faktor kelima pula ialah faktor keawaman, iaitu sekiranya pendengar daripada golongan awam hanya mencintai keduniaan tanpa diliputi rasa cinta kehadrat Allah SWT. Walau bagaimanapun ia masih dibolehkan selagi tidak menimbulkan nafsu syahwat.

Sumber dari Buletin BAKA


Tag/Label : agama
Dipostkan @ 12:19 PM | 5 Komen | Report Abuse

Monday, March 15, 2010

Bersama kekawan

Salam isnin...hari ini dah naik kerja balik setelah dua hari cuti hi hari minggu. Syukur pada Tuhan kerana memberi kesihatan yang baik dan dapat meneruskan tugasan harian dan mengerjakan ibadah. Setiap hari isnin macam biasalah pagi-pagi pukul 8pagi ada fitik(gotong-royong) blok.

Lepas fitik blok, kami berempat pun pergilah fitik lagi satu tempat yang dipanggil Teransit Pegawai atau Mess Pegawai.

sesi bergambar lepas fitik..!!!

Empat orang jejaka yang selalu bersama-sama...

Ini pula tengah main cak-cak

tengah mencari kunci kerana dorang berdua ni akan cuti dan segala kunci-kunci akan diserah kepada sy..

adoi!!!banyaknya kunci..pening r kepala!!cukup ke xcukup ni..

buat-buat faham jea...yang ingat kunci pejabat jea..ha..haa

Apa-apa pun tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kita jalankan..tak gitu kekawan?

Lepas fitik sempat balik mandi2 jap sebab nak masuk office plak.. Sempat lagi buat pesanan ni...

                    


Tag/Label : poket book
Dipostkan @ 02:02 PM | 4 Komen | Report Abuse

Sunday, March 14, 2010


Tag/Label : kata-kata hikmah
Dipostkan @ 05:57 PM | 3 Komen | Report Abuse

Saturday, March 13, 2010


Tag/Label : kata-kata hikmah
Dipostkan @ 10:57 PM | 1 Komen | Report Abuse

Saturday, March 13, 2010

CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

   Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. 'Tolonglah Encik, saya lapar sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi'. Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

   Dalam hatinya berkata, 'Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku'. Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian isteri yang cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

   Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

   Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

   Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. 'DEMI ALLAH, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu'.

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita ibarat putaran roda dan tidak selalunya berada di atas. Ada masa dan ketikanya kita akan jatuh ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.

Dalam sebuah hadith Rasullullah s.a.w pernah memberi nasihat kepada seorang lelaki yang bermaksud:

"Buatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara"

   1) MASA ENGKAU MUDA SEBELUM TUA

   2) MASA ENGKAU SIHAT SEBELUM SAKIT

   3) MASA ENGKAU KAYA SEBELUM PAPA

   4) MASA ENGKAU LAPANG SEBELUM SIBUK

   5) MASA ENGKAU HIDUP SEBELUM MATI

Buatlah kebaikan di dalam kehidupan kita.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, maka bersedekahlah dengan tenaganya"

Sekian untuk renungan bersama....FIKIR-FIKIRKAN LAH...


Tag/Label : renungan bersama
Dipostkan @ 03:06 PM | 3 Komen | Report Abuse

Friday, March 12, 2010

IKHLAS

Adakah anda ikhlas dalam pekerjaan anda? Sekiranya tidak, teruskan membaca ruangan ini.

Keikhlasan dalam melakukan apa jua perbuatan dan pekerjaan adalah amat dituntut demi menghasilkan produk yang berkualiti. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya seorang ibu tidak ikhlas dalam membesarkan anak-anaknya, atau seorang bapa tidak ikhlas dalam mencari rezeki untuk keluarganya. Apakah natijahnya keatas pembesaran anak-anak tadi? Begitu juga jika seorang tukang sapu tidak ikhlas dalam melakukan tugasannya, adakah kawasan yang disapunya benar-benar bersih?

Apakah tanda-tanda kita ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu? Antaranya:

1. gembira apabila terpilih dalam melakukan sesuatu tugasan, sebaliknya kecewa jika tidak tersenarai

2. melakukan dengan bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin/dia sendiri puas hati dengan hasil yang dilakukan

3. tidak menunjuk-nunjuk atau menghebah-hebahkan apa yang dilakukan

4. tidak mengira penat lelah asalkan pihak yang memberi tanggungjawab berasa puas hati

5. dan pastinya tidak mengharapkan balasan

Oleh itu walau sekecil manapun tugasan yang diserahkan, ambillah itu sebagai satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan sebaik mungkin dan jadikan sebagai satu ibadah. Maka seharusnya kita tidak mengharapkan apa-apa balasan, lakukanlah dengan seikhlas hati, Insy-ALLAH pasti ada balasannya, tidak hari ini, esok atau mungkin lusa! Tidak kepada kita, mungkin balasan itu ke atas anak-anak atau keluarga kita.Renung-renungkanlah!


Tag/Label : renungan bersama
Dipostkan @ 10:49 PM | 1 Komen | Report Abuse

Thursday, March 11, 2010

tepung

Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Che'gu :Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?

Man :Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.

Che'gu :Mana tepungnya??


Man :Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??

 


Tag/Label : lawak
Dipostkan @ 12:16 PM | 3 Komen | Report Abuse

Thursday, March 11, 2010

salah faham

Seorang pak cik tua dari Merbok, Kedah baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Menurut undang-undang, Pelekat "P" hendaklah digantung pada motosikal bagi yang baru lulus lesen motor. Suatu hari ketika menuggang dia telah terserempak dengan polis yang membuat sekatan.

Polis : "P" mana pak cik?
Pak Cik : Pi Alorq Starq. (Dengan muka konfiden)
Polis : Pak cik nak berguran plak yea, "P" mana?
Pak Cik : Aku nak pi Alorq Starq. (Dia dah mula naik angin)
Polis : Amboi, main-main plak pak cik ni, ni saya tanya ni pak cik, mana "P"?
Pak Cik : Aku dah habarq tak sat Alorq Starq , hang tak dengarq ka? Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi Alorq Starq. Mentang-mentang hang pakai unipom polis tu janganlah nak pelekeh orang tua cam aku ni.
Polis : Nak pi...pi lah.....
Pak Cik : Hah, tu kan senang, yang dok tanya banyak-banyak tu pasai apa, saja cari pasai!!!

sumber dari nurdia


Tag/Label : lawak
Dipostkan @ 12:08 PM | 1 Komen | Report Abuse

Wednesday, March 10, 2010

Yang diperolehi dengan cara yang tidak baik...

tidak akan dinikmati dengan baik,

kerana ia akan terlepas daripada tangan kita...

semudah ia diperolehi.


Tag/Label : kata-kata hikmah
Dipostkan @ 09:28 PM | 2 Komen | Report Abuse

Tuesday, March 9, 2010

" Jadikanlah ilmu sebagai panduan beragama, pengalaman sebagai hikmah beragama dan fikiran sebagai keindahan beragama "


Tag/Label : kata-kata hikmah
Dipostkan @ 09:54 PM | 1 Komen | Report Abuse

Tuesday, March 9, 2010

TANDA KEBAHAGIAN DAN TANDA KECELAKAAN

Tanda-tanda kebahagian.

1. Tiap bertambah ilmunya bertambah pula rendah hatinya.

2. Tiap bertambah amalnya bertambah pula takutnya kepada Allah.

3. Tiap bertambah umurnya, beransur kurang tamaknya terhadap keduniaan.

4. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah dekatnya pada orang ramai.

Tanda-tanda kecelakaan.

1. Tiap bertambah ilmunya, bertambah pula sombongnya.

2. Tiap bertambah amalnya, bertambah perasaan menunjuk-nunjuknya.

3. Tiap bertambah umurnya, bertambah pula tamaknya kepada harta.

4. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah bakhilnya.

5. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah jauhnya dari orang ramai.

BAHAGIA ATAU CELAKANYA KEHIDUPAN KITA, KITA YANG TENTUKAN.FIKIR-FIKIRKAN...


Tag/Label : agama
Dipostkan @ 07:38 PM | 0 Komen | Report Abuse

Tuesday, March 9, 2010

Salam Perkenalan

Alhamdulillah...syukur pada Allah kerana hari ini akhirnya dapat juga sy buat blog sendiri...memang sy akui masih baru dalam dunia siber ini...dan bermacam-macam yang masih belum sy ketahui...tetapi dengan semangat ingin tahu dan mempelajari sesuatu yang baru mendorong sy sampai disini..disamping dapat bertukar-tukar fikiran dan pendapat, secara tidak langsung menambah kenalan baru dan mengeratkan lagi silatulrahim antara manusia.Kepada kawan2 sy mengalu-alukan sebarang komen, pendapat, tips2 yang berguna, dan segala tunjuk ajar diberikan sepenuhnya.Semoga kita sama2 mendapat keberkatan dan keredhaan dari Yang Maha Esa...Insya-Allah...


Tag/Label : ucapan salam
Dipostkan @ 07:05 PM | 5 Komen | Report Abuse

Halaman: 1
Hakcipta © ekawan.com. Enjin Cari Kawan!™. Semua syarat tertakluk.